2,000 penduduk Pengkalan Kubor, Tumpat beraya tanpa air bersih

2,000 penduduk Pengkalan Kubor, Tumpat beraya tanpa air bersih

air kelantan
MASALAH bekalan air di Kelantan boleh diselesaikan sekiranya pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) melaksanakan pelan perniagaan 30 tahun AKSB yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kira-kira 2,000 penduduk di enam buah kampung di Pengkalan Kubor di sini mendakwa terpaksa menyambut Aidilfitri esok dengan penuh gelisah selepas bekalan air bersih di kawasan terbabit terputus sejak seminggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di sekitar jajaran Sungai Golok iaitu Kampung Simpangan, Pisau Raut, Kampung Derdap, Kubang Sawa, Jejulok, Naga Ibu di sini terpaksa mengangkut air di kawasan parit sawah padi untuk mandi dan membasuh.

Penduduk, Rosnani Mat Roni, 47, berkata, dia bersama penduduk di Kampung Kubang Sawa terpaksa menggunakan air parit apabila bekalan air telaga tiub di kebanyakan rumah kering sejak beberapa hari lalu ekoran kemarau yang sedang melanda ketika ini.

Menurutnya, meskipun pihak Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) menyediakan perkhidmatan lori menghantar air ke kampung itu, tetapi ia masih belum dapat menampung keperluan penduduk.

“Ramai yang mahu guna air terutamanya apabila anak-anak dan cucu sudah pulang ke kampung. Air yang dibekalkan oleh AKSB tidak mencukupi.

“Air telaga tiub pun sudah kering ekoran musim kemarau ketika ini. Kami tiada cara lain dan hanta boleh menggunakan air parit di sawah padi berhampiran kampung,” katanya ditemui Utusan Malaysia hari ini.

 

Rosnani memberitahu, dia dan kebanyakan penduduk terpaksa membeli air mineral dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, penduduk kampung Derdap yang mahu dikenali Fauzi, 50, berkata, memang lori AKAB ada menghantar bekalan air, namun ia bergantung kepada aduan penduduk.

“Hanya dua buah lori AKSB datang menghantar air ke sini sedangkan yang terjejas akibat tiada bekalan air ini melibatkan ramai pengguna.

“Macam mana kami mahu beraya esok. Mahu mandi dan menyediakan juadah sempena 1 Syawal pun susah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya