PETALING JAYA: Sebanyak 19,664 petugas Kementerian Kesihatan termasuk pegawai perubatan meletak jawatan dalam tempoh 10 tahun lalu. Berdasarkan jawapan bertulis Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat baru-baru ini, pegawai perubatan paling ramai berhenti iaitu sebanyak 6,282 orang diikuti pegawai perubatan siswazah (3,826 orang), pegawai pergigian (3,256 orang), pegawai farmasi (2,692 orang), jururawat (1,643 orang), pakar perubatan (1,631 orang) dan penolong pegawai perubatan (334 orang). Antara alasan meletak jawatan ialah mahu berkhidmat dalam sektor swasta dan badan berkanun, sebab peribadi, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berhijrah ke luar negara dan membuka klinik sendiri.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya