120 pengendali makanan Bazar Ramadan Kelantan dikompaun

120 pengendali makanan Bazar Ramadan Kelantan dikompaun

Zaini Hussin (dua kiri) menyerahkan bahan kempen kebersihan kepada peniaga bazar Ramadan di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 120 pengendali makanan di negeri ini dikenakan notis kompaun selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 sepanjang Ramadan setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKKN), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kompaun mengikut Seksyen 2B Akta Makanan 1983 bernilai RM12,000 itu dikenakan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak patuh pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, kasut, penutup kepala dan pakaian tidak bersih.

Menurutnya, sehingga minggu kedua Ramadan, sebanyak 1,233 gerai dan 2,470 pengendali makanan di bazar Ramadan seluruh negeri ini telah diperiksa.

“Setakat ini, tiada aduan mengenai kes keracunan makanan berlaku di seluruh negeri Kelantan. Secara keseluruhannya, 91 peratus premis makanan di bazar Ramadan bersih,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Kempen Perhati dan Pilih Bazar Ramadan 2023 di pekarangan bazar Ramadan Mydin Mall, Tunjong di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, sebanyak 66 bazar Ramadan berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di 4,298 petak perniagaan pada tahun ini

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan penyertaan peniaga di bazar Ramadan sebanyak 12 peratus berbanding tahun lalu.

“Sehubungan itu, JKKN telah menubuhkan 42 pasukan pemantau yang terdiri daripada 214 petugas kesihatan pelbagai kategori bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

“Kita turut membuat ujian terhadap sampel makanan secara rawak bagi mengenal pasti tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya