Warga Pakistan, Indonesia dikesan beli dan sewa kenderaan terpakai-JPJ

Warga Pakistan, Indonesia dikesan beli dan sewa kenderaan terpakai-JPJ

ZAILANI Hashim (kanan) bergambar bersama bekas pelajar dan guru serta Mustapa Mohamed (empat kiri) pada Majlis Makan Malam Tahunan Alumni SMSI dan SIC 2023 di Kota Bharu, Kelantan, malam tadi. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan warga Pakistan dan Indonesia dikesan turut membeli dan menyewa kenderaan milik warga tempatan sebagaimana yang dilakukan oleh etnik Rohingya.

Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata, perkara tersebut dikesan berlaku kawasan Pantai Barat.

“Kegiatan ini sudah lama dikesan, JPJ bersama agensi penguatkuasaan lain sentiasa menjalankan operasi untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kesalahan tersebut.

“Berdasarkan pemantauan dan risikan yang dijalankan, JPJ mendapati warga asing tersebut membeli, menyewa kereta atau motosikal terpakai dengan harga lebih mahal. Tindakan itu sekali gus memboleh warga tempatan yang berbuat demikian mendapat keuntungan berlipat kali ganda,” katanya ketika ditemui pemberita pada Alumni Sekolah Menengah Kebagsaan Sultan Ismail (SMKSI) dan Maktab Sultan Ismail (SIC) yang turut dihadiri Datuk Seri Mustapa Mohamed di sini, malam tadi.

Zailani memberitahu, pelanggaran lalu lintas melibatkan warga ­asing tidak berlaku sekiranya warga tempatan tidak menjual atau menyewakan kepada mereka.

Katanya, sejak warga tempatan dikesan berbuat demikian jumlah kes bertambah apabila banyak kenderaan tersebut disita menerusi Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Pewa) di negara ini.

“Operasi secara konsisten sentiasa dilakukan bagi membanteras kegiatan ini berleluasa dalam negara ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya