Warga emas disamun ketika bangun sahur - Utusan Malaysia

Warga emas disamun ketika bangun sahur

RUMAH wanita warga emas yang dimasuki dua lelaki bersenjatakan parang kira-kira pukul 5 pagi di Bukit Pasir, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas cedera di kepala dan tangan disamun di rumahnya di Bukit Pasir dekat sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika wanita berkenaan yang tinggal bersama suami dan dua anak bangun untuk membuat persiapan bersahur. 

Mangsa disamun oleh dua lelaki yang bersenjatakan parang ketika membuka lampu dapur. 

“Sebaik membuka lampu, seorang lelaki bersenjatakan parang secara tiba-tiba menyerangnya, manakala seorang lagi menunggu di pintu belakang. 

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu tidak sempat melakukan apa-apa sebelum rantai dan gelang tangannya diragut oleh lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan mengalami kerugian kira-kira RM6,000.

Pemeriksaan di rumah mangsa mendapati tiada kesan pecah rumah,  suspek dipercayai membuka pintu belakang rumah melalui lubang jaring yang berhampiran dengan penyelak pintu sebelum masuk dan keluar melalui pintu yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah IPD Batu Pahat menerusi talian 074343999 atau balai polis yang berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya