Warga emas bergelut penguat kuasa MBPJ dituduh Jumaat ini - Utusan Malaysia

Warga emas bergelut penguat kuasa MBPJ dituduh Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warga emas yang terlibat dalam pergelutan dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dituduh di mahkamah Jumaat ini. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk mendakwa lelaki terbabit pada Jumaat ini (31 Mac),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung pergelutan antara anggota penguat kuasa MBPJ dan orang awam ketika operasi tangkapan anjing liar di Taman Kanagapuram, di sini.

Polis menerima laporan daripada seorang anggota penguat kuasa yang terbabit dalam operasi itu.

Ketika operasi dijalankan, seorang lelaki didakwa cuba melindungi anjing liar dengan memasukkan haiwan itu ke dalam premisnya.

Pasukan penguat kuasa cuba menghalang lelaki itu daripada menutup pintu premis, namun gagal kerana dihalang.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya