UMNO teliti senarai calon PRN selepas pemilihan parti

UMNO teliti senarai calon PRN selepas pemilihan parti

AHMAD Zahid Hamidi (kanan) beramah mesra dengan pemimpin UMNO yang hadir pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diteliti dengan sebaik mungkin selepas tamat Pemilihan Agung UMNO 2023-2026 pada Sabtu ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penilaian itu berpandukan kepada keboleh menang calon yang akan ditampilkan kepada rakyat pada PRN itu nanti.

“Calon-calon itu mesti mempunyai tiga perkara yang telah digariskan oleh parti iaitu boleh menang, disukai dan diterima semua peringkat.

“Pemilihan ini (calon) melibatkan tokoh-tokoh yang menang jawatan  Ketua Bahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita pada pemilihan parti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, beliau berharap kepimpinan baharu yang dipilih selepas pemilihan Sabtu ini dapat mengukuhkan lagi kekuatan UMNO berdepan PRN.

Katanya, pemimpin bukan hanya perlu pandai menimbulkan dan menjawab isu sahaja tetapi melakukan perubahan dengan memperkasakan parti bagi menggamit semula orang Melayu khususnya pada UMNO.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya