MACHANG : UMNO Kelantan akan memberi fokus kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti itu diperingkat bahagian selesai sepenuhnya.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, apabila semua perkara itu selesai saf kepepimpinan baharu di peringkat negeri akan dibentuk untuk memacu pentadbiran parti pada masa hadapan selain berdepan PRN.
“Setidak-tidaknya kalau di peringkat kepimpinan tidak bertanding sekurangnya di peringkat jawatankuasa (bertanding) yang mana ini akan menggalas tanggungjawab parti untuk menghadapi PRN,”katanya kepada pemberita di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, berhubung pengagihan kerusi, pihaknya akan mengadakan perbincangan di peringkat kepimpinan negeri sebelum mengemukakan cadangan kepada Presiden UMNO, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Katanya, pihaknya juga belum mengadakan perbincangan mengenai senarai calon kerana ia akan diputuskan apabila selesai pengagihan kerusi.
“Segala keputusan terpulang kepada Presiden parti untuk menentukan dan kita di peringkat negeri hanya memberi cadangan.
“Kita sentiasa akur kepada keputusan pucuk pimpinan walau apapun keputusan yang dibuat,”katanya.-UTUSAN