UMNO Jerantut perlu diperkasa, pulih keyakinan rakyat - Rozilan - Utusan Malaysia

UMNO Jerantut perlu diperkasa, pulih keyakinan rakyat – Rozilan

ROZILAN SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: UMNO Bahagian Jerantut perlu diperkasakan dan dipulihkan imejnya yang sebenar agar parti keramat ini kembali menjadi juara di hati rakyat khususnya di daerah ini.

Calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Rozilan Salleh berkata, pengalaman berada dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, pelbagai liku dilalui, pengajaran dan iktibar dipelajari yang sedikit sebanyak memahami kehendak serta aspirasi, rakyat khususnya ahli parti ini.

“Saya mengerti, saya mengetahui. Untuk itu, tidaklah saya menjanjikan setinggi langit, menjanjikan bulan dan bintang ataupun intan permata.

“Tetapi insya-Allah sekiranya diberi peluang dan kepercayaan oleh perwakilan, saya berjanji akan bekerja dan berkhidmat sebaiknya dan akan memberikan hanya yang terbaik buat semua dan untuk UMNO Jerantut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rozilan yang aktif dengan Persatuan Anak Jerantut di Lembah Klang berkata, niat dan hasrat menawarkan diri bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut atas dasar kecintaan kepada parti itu serta bagi mencurah bakti menyumbang khidmat khususnya kepada Bahagian Jerantut.

“Atas dasar kecintaan ini jugalah saya terpanggil untuk meneruskan perjuangan yang tiada noktah ini, dengan pemerkasaan parti menjadi agenda utama demi survival dan kelangsungan parti keramat ini.

“Saya penuh yakin dan percaya, sekiranya diberikan ruang dan peluang, berbekalkan sedikit pengalaman pernah berkhidmat di peringkat tertinggi negara bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disertai hubungan rapat dengan kepimpinan UMNO negeri dan nasional, insya-Allah saya yakin mampu berperanan dan menyumbang kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya