Tiga pengunjung cemas, kenderaan nyaris dihanyutkan air pasang - Utusan Malaysia

Tiga pengunjung cemas, kenderaan nyaris dihanyutkan air pasang

KENDERAAN Mazda CX5 yang dinaiki tiga pengunjung nyaris dihanyutkan ke dalam laut akibat air pasang di Pantai Temalah, Sedili Besar, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiga pengunjung Pantai Temalah, Sedili Besar di sini berdepan detik cemas apabila kenderaan Mazda CX5 yang dinaiki hampir dihanyutkan ke dalam laut ketika sedang bersiar menyusuri pantai itu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kereta berkenaan dinaiki seorang lelaki Melayu, seorang lelaki Sarawak dan seorang wanita Cina.

“Kejadian i5u berpunca daripada air laut yang ketika itu sedang pasang dan mangsa tidak menyedari kejadian air pasang kerana terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, Ketua Polis Kuala Sedili, Sarjan Mejar Saidon Hadzri Abu Hassan bersama dua anggota dibantu dua penduduk Tanjung Sedili dengan segera telah pergi ke lokasi kejadian.

“Tindakan dan usaha dijalankan bagi menggelak kenderaan tersebut ditenggelami air dengan ditarik keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik penduduk ke atas daratan di kawasan pantai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemilik kenderaan berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Sedili.

“Pihak polis menasihati orang ramai yang datang berkunjung untuk beriadah secara persendirian, berkeluarga atau berkumpulan di kawasan pantai yang terdapat di kawasan Tanjung Sedili sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan.

“Sentiasa berwaspada bagi menggelak kejadian yang tidak diingini berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya