Tiada virus Marburg dikesan - Zaliha - Utusan Malaysia

Tiada virus Marburg dikesan – Zaliha

ZALIHA MUSTAFA (dua dari kanan) menyampaikan apron kepada seorang peniaga Bazar Ramadan di Bandar Utama, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada virus Marburg dari Afrika yang dikesan di negara ini, setakat ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, walaupun Malaysia masih bebas daripada virus tersebut, pemantauan akan terus dilakukan di pintu masuk antarabangsa.

“Pintu-pintu masuk antarabangsa, khususnya pelancong dari Afrika dan rakyat Malaysia yang baru pulang dari benua itu akan disaring bagi membendung virus tersebut. Langkah pengawasan berterusan dan pemantauan ketat akan dilaksanakan bagi mengelak risiko penularan virus berkenaan.

“Rakyat Malaysia yang baru pulang dari Afrika jika  mempunyai gejala segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kesihatan terdekat jika tahap kesihatan ketara merosot,” katanya ditemui selepas melakukan tinjauan serta mengedarkan apron di Bazar Ramadan di Bandar Utama Segamat, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Aman Rabu dan Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr. Zaid Kassim.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai virus Marburg yang telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini melaporkan virus Marburg menyebabkan kematian sehingga 88 peratus dan tiada vaksin atau rawatan anti virus yang diluluskan untuk merawatnya setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya