Tengku Mahkota Kelantan rasmi Kompleks Mahkamah Kota Bharu

Tengku Mahkota Kelantan rasmi Kompleks Mahkamah Kota Bharu

DR. Tengku Muhamad Fa-iz Petra (tiga kanan) diberi taklimat semasa mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan har ini.-UTUSAN/KAMRUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Tunjong di sini hari ini.

Baginda bersama Cik Puan Kelantan Cik Sofie Louise Johansson tiba ke majlis pada pukul 10.43 pagi.

Turut berangkat Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Tengku Muhammad Fa-iz Petra dalam titah perasmian merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Badan Kehakiman yang sentiasa cakna terhadap terhadap keperluan untuk menambahbaik mahkamah di negeri ini.

Titah baginda lagi, kemudahan infrastruktur kondusif dan berteknologi tinggi bukan sahaja memberi keselesaan tetapi bertujuan mempertingkatkan tahap kecekapan dalam pengendalian kes-kes.

“Hal ini bagi memastikan sistem penyampaian keadilan dilaksanakan dengan berkesan.

“Sehubungan dengan itu, beta mendoakan agar Kompleks Mahkamah Kota Bharu dapat menjadi pemangkin kepada impak positif kepada semua pihak demi kepentingan agama dan negara,” titah baginda.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya