Tekong darat, sembilan PATI dicekup

Tekong darat, sembilan PATI dicekup

PATI yang ditahah oleh ATM selepas masuk ke negara ini secara tidak sah dengan menyeberang Sungai Golok di Kampung Bukit Nangka, Jeli, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai tekong darat dicekup bersama sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas masuk ke negara ini secara tidak sah dengan menyeberang Sungai Golok di Kampung Bukit Nangka di sini semalam.

Lelaki tempatan bersama tujuh PATI warga Myanmar dan dua orang warga India itu ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi semasa anggota tentera menjalankan rondaan di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota bertugas berjaya menjejak dan menahan sekumpulan PATI yang baru sahaja memasuki negara ini secara haram dengan menyeberangi Sungai Golok

“Hasil pemeriksaan mendapati, tekong darat itu berusia 37 tahun manakala kesemua PATI berusia dalam lingkungan 22 hingga 55 tahun. 

“Selain itu, empat buah telefon bimbit, barangan kemas selain wang tunai mata wang Malaysia, Thailand dan India yang bernilai lebih RM5,145 turut dirampas,” katanya.

Kenyataan itu memberitahu, kesemua suspek dihantar ke Balai Polis Bukit Bunga di sini untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasukan beroperasi akan terus mempertingkat rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI._UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya