Tahan empat lelaki, KPDN Kelantan rampas 9,350 kg minyak masak paket 

Tahan empat lelaki, KPDN Kelantan rampas 9,350 kg minyak masak paket 

AZMAN Ismail (tengah) menunjukan minyak masak paket yang dirampas semasa sidang media stor KPDN Kelantan di Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas minyak masak peket bersubsidi seberat 9,350 kilogram (kg) yang dipercayai untuk tujuan penyeludupan selepas menahan empat lelaki dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Pengkalan Datu, Sering di sini semalam.

Rampasan bernilai RM23,375 itu dilakukan oleh KPDN Kelantan bersam Bahagian Siasatan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tok Bali, Pasir Puteh pada pukul 2 petang.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan anggota yang menjalankan operasi itu telah mengesan sekumpulan lelaki sedang memunggah kotak-kotak yang disyaki mengandungi minyak masak ke dalam sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

Menurutnya, pasukan bertugas kemudian telah menjalankan serbuan dan berjaya menahan empat lelaki masing-masing berusia 20-an hingga 50-an untuk membantu siasatan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen berkaitan urusniaga borong atau runcit minyak masak peket berkenaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan bekalan minyak masak yang diperolehi luar Kelantan ini akan disimpan sementara waktu sebelum dibawa ke pangkalan haram untuk tujuan penyeludupan,” katanya semasa sidang media di stor KPDN Kelantan di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Azman memberitahu, KPDN Kelantan akan merujuk perkara ini kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi pertuduhan di mahkamah.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan KPDN Kelantan turut menyita kenderaan yang digunakan untuk penyeludupan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya