Sukma: Bukan fitnah, tetapi lebih menyentuh kepada persoalan kuasa - Ketua Pemuda Pas Kelantan

Sukma: Bukan fitnah, tetapi lebih menyentuh kepada persoalan kuasa – Ketua Pemuda Pas Kelantan

MOHD. Amar Nik Abdullah (tengah) semasa melancarkan Tabung Dana Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) sempena Muktamar Tahunan DPPNK kali ke-64 di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan Mohamad Kamal Mohamed menyifatkan kenyataannya berkenaan penangguhan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di negeri ini tidak dibuat dalam bentuk fitnah.

Mohamad Kamal berkata, perkara tersebut lebih menyentuh kepada persoalan kuasa.

“Tajuk kenyataan saya adalah kuasa. Bila ada kuasa sesiapa pun boleh membuat keputusan berdasarkan perbincangan dan sebagainya.

“Bagi saya rakyat Kelantan memang teruja serta mahu melihat temasya sukan itu dianjurkan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas pada Majlis Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan Kali Ke-64 yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri Wan Roslan Wan Hamat.

Media semalam melaporkan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membuat laporan polis berhubung kenyataan Mohamad Kamal mengenai isu penganjuran Sukma 2024.

Hannah menerusi ciapan Twitternya berkata pejabatnya telah membuat laporan itu susulan dakwaan Mohamad Kamal bahawa beliau menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.

Beliau berkata dakwaan itu adalah satu fitnah kerana Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat telah bersetuju untuk negeri itu menganjurkan edisi 2028, yang memberikan masa tambahan bagi membuat persediaan dan pembinaan fasiliti sukan di Kelantan.

Mohamad Kamal memberitahu, setakat ini dia belum menerima sebarang panggilan daripada polis berhubung laporan yang dibuat oleh Kementerian Belia Sukan (KBS) berkait dengan kenyataan tersebut.

Sementara itu, Wan Roslan berkata, anak-anak muda sudah lama menunggu untuk melihat penganjuran temasya dwi-tahunan itu di negeri ini.

Katanya, Sukma belum pernah dianjurkan di negeri ini dan keputusan penangguhan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan anak muda dan disuarakan melalui kenyataan Mohamad Kamal.

“Anak muda sudah lama menantikan penganjuran Sukma di negeri ini. Dahulu pihak KBS umum penganjurannya pada 2024, kemudian ditangguh ke 2026 dan terkini di anjakkan lagi ke tahun 2028.

“Ia menimbulkan kebimbangan bahawa Sukma tidak akan dianjurkan Kelantan. Tambahan pula mereka melihat Sukma telah beberapa kali dianjurkan di negeri-negeri lain,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya