Stesen minyak tanpa subsidi untungkan negara

Stesen minyak tanpa subsidi untungkan negara

SALAHUDDIN Ayub (dua kanan) menunjukkan menu yang disediakan semasa pelancaran Menu Rahmah Kasih Peringkat negeri di Pasir Tumbuh, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kewujudan stesen minyak tanpa subsidi di kawasan sempadan tidak akan merugikan pendapatan negara pada masa hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kewujudan stesen itu membuka ruang kepada kerajaan menjana pendapatan menerusi penjualan bahan api tersebut.

Menurutnya, walaupun harga bahan api diapungkan oleh kerajaan mengikut keadaan semasa, harga yang ditawarkan masih lagi murah berbanding negara jiran.

“Sebagai perbandingan harga petrol  di Thailand RM5.30 untuk satu liter, manakala harga yang diapungkan oleh kerajaan ialah RM3.30 ketika ini.

“Berpandukan kepada situasi itu, kita masih untung. Tiada ruginya RM2 apabila kenderaan dari Thalaind masuk ke Malaysia membeli petrol tanpa bersubsidi,” katanya kepada pemberita selepas Melancaran Menu Rahmah Peringkat Kelantan di Pasir Tumboh, di sini hari ini.

Salahuddin memberitahu, setakat ini pihaknya sudah menerima dua permohonan daripada stesen minyak untuk menjual bahan api tanpa subsidi.

Katanya, jika stesen minyak tersebut memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan akan meluluskan permohonan itu.

“Semasa mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ada mencadangkan supaya stesen minyak ini turut diwujudkan di sempadan Malaysia-Indonesia,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya