SRS mampu kurangkan kadar jenayah

SRS mampu kurangkan kadar jenayah

MIT Emong (kiri) menandatangani plak sempena perasmian Pusat Rukun Tetangga Mukim Dusun Rendah, Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kebanyakan kawasan di seluruh negara yang berterusan sehingga hari ini menjadi penanda aras skim tersebut mampu menurunkan kadar jenayah.

Pengarah Institut Kajian dan Latihan Intergrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Abd. Hadi Mohd. Salleh berkata, pihaknya masih menerima permohonan daripada komuniti untuk penubuhan SRS bagi membantu mengurangkan kadar jenayah.

Menurutnya, permintaan itu membuktikan keberkesanan dan kejayaan SRS dalam meningkatkan keselamatan penduduk di dalam komuniti masing-masing.

“Sebanyak 5,357 SRS yang aktif di seluruh negara sehingga hari ini.

“Rondaan SRS dan kawalan secara kumpulan sudah diteruskan seperti biasa ketika ini apabila ia diperlahankan sementara waktu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pandemik Covid-19 yang lalu,” katanya ketika Sesi Dialog Bersama Agensi sempena Program Gerak Rahmah 2023 Jom Ronda SRS Peringkat Negeri Kelantan di Dusun Rendah, Ketereh yang turut di hadiri oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Asisten Komisioner Mit Emong, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abd. Hadi memberitahu, masyarakat perlu menyokong inisiatif kementerian dan jabatan untuk mengaktifkan semula program seperti SRS.

Katanya, kajian tujuh tahun lalu menunjukkan SRS memainkan peranan penting membantu meningkatkan keselamatan terutamanya di kawasan perumahan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya