Kelonggaran naik taraf reban ayam tertutup secara berperingkat

Sidang DUN Melaka: Kelonggaran naik taraf reban ayam tertutup secara berperingkat

ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri memberi tempoh kepada penternak untuk melaksanakan sistem reban tertutup secara berperingkat kepada pengusaha yang menternak melebihi 10,000 ekor ayam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri memahami masalah yang dihadapi penternak kerana penukaran sistem reban terbuka kepada tertutup menelan kos tinggi.

Menurut beliau, peralihan itu penting untuk mengelakkan isu pencemaran bau dan serangan lalat yang mengganggu kehidupan seharian komuniti berhampiran.

“Kita memberi tempoh bersesuaian kepada ladang ternakan sedia ada kerana perubahan sistem ini memerlukan kos yang tinggi. Kelonggaran ini sesuai dengan kapasiti ladang yang dimiliki penternak dan dilakukan (naik taraf) mengikut kemampuan mereka.

“Bagi penternak yang memiliki 10 reban, sekurang-sekurangnya empat atau lima reban sedia ada perlulah (bertukar) kepada tertutup,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr. Mohd. Yadzil Yaakub (PN-Bemban) mengenai perancangan kerajaan negeri untuk menempatkan semula reban ayam di Jasin.

Tambah Abdul Razak, setiap ladang ternakan di negeri ini harus mengutamakan aspek kebersihan dan amalan pertanian yang baik agar tidak menimbulkan isu pencemaran.

Katanya, arahan penukaran sistem reban tertutup telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2019 yang mewajibkan kepada setiap penternak melebihi 10,000 ekor ayam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya