Sesi persekolahan tidak ditangguh, PdPR di PPS - Fadhlina - Utusan Malaysia

Sesi persekolahan tidak ditangguh, PdPR di PPS – Fadhlina

FADHLINA SIDEK melihat timbunan buku yang rosak akibat banjir di PPS SK Seri Bali, Chaah, Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang menangguhkan sesi persekolah 2023/2024 di 17 buah sekolah di Johor yang terjejas akibat banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelajar di sekolah terlibat akan diberi pilihan belajar menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya kerosakan sekolah tidak dapat dipulihkan sebelum cuti sekolah berakhir dua minggu lagi.

“Saya fikir kita sedaya upaya fokus untuk memulihkan sekolah yang terjejas dahulu dan pada masa sama kita tidak akan menangguhkan sesi persekolahan yang bakal bermula dua minggu lagi.

“Kita akan bagi pilihan PdPR supaya proses persekolahan tetap berlangsung sekiranya 17 sekolah terjejas termasuk 14 buah sekolah di daerah Segamat dapat dibersihkan segera,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Chong dan

Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Abd. Rahman Kecik.

Fadhlina berkata, jika PdPR terpaksa dilaksanakan di PPS, KPM akan memastikan pusat itu mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk sesi persekolahan berkenaan.

“Kita akan lihat dari semasa ke semasa (keadaan banjir), tapi biasanya jika ada ruang yang sesuai (di PPS) mereka boleh terus belajar menerusi kaedah itu di PPS.

“Untuk pelajar yang pakaian seragam sekolah rosak akibat banjir, mereka boleh hadir ke sekolah dengan apa sahaja pakaian yang bersesuaian asalkan hadir memulakan persekolahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya