Senyuman terakhir sebelum maut kemalangan - Utusan Malaysia

Senyuman terakhir sebelum maut kemalangan

VAN Nissan Vanette yang dipandu Pungut remuk setelah bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 6.1, Jalan Parit Sikom-Parit Panjang berhampiran Kampung Parit Mokhayat, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: “Sewaktu ayah nak mengambil daun-daun jagung untuk makanan lembu di Parit Sikom, ayah pandang saya sambil tersenyum sebelum keluar dari gerai kami.”

Itulah senyuman terakhir Pungut Samuri, 66, untuk anaknya, Hairul Zambri  Rizal, 35, yang maut dalam kemalangan apabila van dipandunya bertembung dengan sebuah lori, petang semalam.

Menurut Hairul Zamri,  ayahnya keluar dari gerai jus buah-buahan mereka di Jalan Parit Makasar, Parit Panjang kira-kira pukul 3 petang untuk ke Pekan Parit Sikom bagi mengambil daun-daun jagung sebagai makanan lembu.

Memandangkan tiada daun-daun jagung ketika itu, ayah pulang semula ke Kampung Parit Panjang sebelum dia  terlibat dalam kemalangan ketika cuaca hujan.

“Saya ketika itu berada di gerai terkejut apabila diberitahu oleh seorang rakan mengenai kemalangan yang menimpa ayah lalu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati jenazah telah ditutup oleh anggota bomba.

“Saya nampak van Nissan Vanette yang ayah gunakan untuk urusan perniagaan harian remuk dan sebuah lori yang membawa ayam terbalik di tengah jalan,” katanya ketika ditemui selesai pengebumian jenazah arwah ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Panjang, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul  4.45 petang semalam, Pungut, bekas pesara kilang pembuatan kereta Honda terbunuh apabila van yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa ayam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian  berlaku di Kilometer 6.1, Jalan Parit Sikom-Parit Panjang berhampiran Kampung Parit Mokhayat melibatkan sebuah lori dan van.

Hasil siasatan awal mendapati kamalangan dipercayai berlaku apabila lori dari arah Parit Panjang menghala ke Parit Sikom hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van.

“Akibat pertembungan itu,  pemandu van yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan tangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori berusia 53 mengalami kecederaan di tangan dan kaki,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya