Selepas dua tahun, persembahan Tatu Tentera Darat diadakan semula - Utusan Malaysia

Selepas dua tahun, persembahan Tatu Tentera Darat diadakan semula

PERTUNJUKAN kemahiran anggota tentera pada Persembahan Tatu Tentera Darat yang diadakan di Padang Kawad, Pusasda, Port Dickson, semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-90, turut diadakan persembahan Tatu Tentera Darat yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini, malam tadi.

Ia diadakan semula tahun ini semula tahun ini selepas tertangguh selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Yang turut hadir pada acara tersebut semalam ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Tatu Tentera Darat yang akan diadakan merupakan rangkaian persembahan hiburan yang merangkumi variasi pertunjukan aksi-aksi kemahiran dan kepakaran Tentera Darat secara berkumpulan dan seragam oleh anggota-anggota tentera.

Ia melibatkan konsep marching seperti pancaragam, kawad senyap, tarian perang, kemahiran tempur tanpa senjata, kemahiran menunggang kuda dan drumline.

Berbanding sebelumnya, persembahan Tatu kali ini juga menyaksikan kelainan apabila buat pertama kalinya ia melibatkan penyertaan Skuadron Istiadat Berkuda (SIB).

PERTUNJUKAN kemahiran menunggang kuda pada Persembahan Tatu Tentera Darat yang diadakan di Padang Kawad, Pusasda, Port Dickson, semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Bagaimanapun, acara tersebut semalam terpaksa dihentikan akibat hujan lebat selepas sekitar 30 minit berlangsung.

Sementara itu, di lokasi berhampiran iaitu di Padang Ragbi, Institut Kejuruteraan TD (Ijed) turut diadakan Karnival Hari Terbuka Tentera Darat.

Berlangsung semalam dua hari dan berakhir sehingga pukul 5 petang ini, karnival berkenaan turut mempamerkan persenjataan, aset dan kerjaya tentera darat selain pertunjukan demonstrasi sajian medan dan catuan tempur.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN