Ahmad Zahid minta Sanusi sebarkan jika ada arahan larangan - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid minta Sanusi sebarkan jika ada arahan larangan

AHMAD ZAHID HAMIDI menyampaikan bantuan PPRT Bina Baharu kepada seorang penduduk pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, Sungai Balang, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyebarkan dan mendedahkan jika benar wujud surat arahan melarang beliau menghadiri majlis anjuran kerajaan Persekutuan kepada umum.

Justeru, beliau menafikan kerajaan ada mengeluarkan sebarang arahan menghalang pemimpin Pas itu daripada menghadiri majlis rasmi anjuran kerajaan Persekutuan.

Malah, beliau mengakui tidak pernah mendengar adanya arahan sedemikian melainkan jika dikeluarkan kepada Menteri Besar Kedah itu secara peribadi.

“Jika dakwaan itu benar, mungkin MB Kedah boleh menyebarkan ada arahan atau pekeliling untuk halang beliau hadiri mana-mana majlis anjuran kerajaan Persekutuan,” katanya diminta mengulas dakwaan Muhammad Sanusi yang beliau dihalang daripada menghadiri majlis rasmi anjuran kerajaan Persekutuan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemui semasa menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik, Sungai Balang, dekat sini hari ini.

Hari ini Muhammad Sanusi mendedahkan terdapat arahan bertulis yang melarang beliau menghadiri acara rasmi kerajaan Persekutuan.

Dakwanya, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Pejabat Menteri Besar Kedah yang melihat sendiri surat berkenaan yang dikeluarkan oleh Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya