'Saya bukan calon proksi Nazri, mana-mana individu' - Haris Salleh - Utusan Malaysia

‘Saya bukan calon proksi Nazri, mana-mana individu’ – Haris Salleh

HARIS SALLEH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah menafikan beliau merupakan proksi kepada penyandang jawatan tersebut, Datuk Nazri Ngah.

Menurutnya, beliau bukan calon proksi mana-mana individu termasuk Nazri dan menyifatkan khabar angin yang tersebar tentang perkara itu sebagai dakwaan tidak berasas menjelang pemilihan 18 Mac ini.

“Dakwaaan ini sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana terlampau ghairah ketika berkempen, maka isu berkenaan dijadikan perencah ataupun modal untuk menyedapkan tempo berkempen sekali gus mahu menjatuhkan reputasi saya menjelang hari pemilihan nanti.

“Isu proksi ini tidak timbul kerana penyandang Ketua UMNO Bahagian (Nazri) mengumumkan sendiri hendak berehat dalam arena politik dan mahu menyerahkan kepada orang muda untuk mentadbir serta memacu parti ini supaya lebih diterima rakyat khususnya golongan muda,” katanya di sini hari ini.

Menurut Haris Salleh, beliau mengakui ada berjumpa Nazri sebelum mengumumkan bertanding jawatan berkenaan dan tidak timbul berhubung soal proksi.

“Beliau (Nazri) menyokong serta memberi galakan kepada saya bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian. Ia bukanlah bermaksud saya sebagai proksinya. Cerita yang direka oleh pihak tertentu adalah mengarut untuk menjatuhkan reputasi atau maruah saya di sampling bagi kepentingan pihak tertentu.

“Semua ahli UMNO peringkat bahagian dan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pun tahu saya selama ini saya bergerak sendiri dengan menunaikan tanggungjawab ikhlas memberikan bantuan kebajikan kepada penduduk yang memerlukan seperti ketika bencana banjir, penyakit kronik, jamuan hari raya, anak yatim dan sumbangan tertentu atas inisiatif sendiri dengan bantuan amal jariah rakan,” katanya.

Beliau yang juga seorang peguam kecewa kenapa hanya dirinya dilabel calon proksi Nazri sedangkan calon lain yang menawarkan diri bertanding juga berada dalam saf kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.

“Isu proksi ini hanya tohmahan jahat kepada saya untuk mengalih perhatian perwakilan. Saya percaya perwakilan sudah bijak memilih dan mentafsir, siapa pemimpin yang tidak tenggelam timbul dan siapa pemimpin yang hanya menjaga kelompok tertentu sahaja.

“Calon yang hendak bertanding sewajarnya mengikis cita-cita dan ilusi menawarkan diri bertanding kerana merasakan UMNO merupakan lubuk untuk mencari laba. Perkara ini wajar dibuang sekiranya untuk membangunkan semula UMNO Bahagian Jerantut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya