KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 selepas bacaan ketiga yang dibuat melalui undian suara.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor mengumumkan perkara itu selepas undian suara lebih ramai yang bersetuju.
Rang undang-undang tersebut dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan diluluskan selepas bacaan kali ketiga.
Sebaik keputusan dibacakan, Ahmad bangun untuk mengemukakan permintaan supaya usul RUU Perbekalan 2023 dibacakan kali ketiga dan diluluskan.
RUU itu dibentangkan pada 24 Februari merupakan belanjawan pertama di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun.
Belanjawan 2023 memperuntukan sejumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, manakala RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.- UTUSAN