PETALING JAYA: Kerajaan disaran merombak cara lama mengukur garis kemiskinan mutlak kepada agihan mengikut jumlah isi rumah dan wilayah sebagai petunjuk membasmi masalah sosial itu secara menyeluruh. Buat masa ini, kaedah mengukur garis kemiskinan dilakukan secara sama rata di seluruh negara mengikut kadar semasa iaitu RM2,208 bagi isi rumah dan bagi miskin tegar RM1,169 bagi setiap isi rumah meskipun setiap keluarga mempunyai kedudukan kemampuan berbeza. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menjelaskan, PGK dan miskin tegar juga perlu memperlihatkan perbezaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya