Rangka manusia tanpa identiti ditemukan di Paloh - Utusan Malaysia

Rangka manusia tanpa identiti ditemukan di Paloh

RANGKA yang ditemukan di tebing sebatang sungai di Ladang Tereh, Paloh Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Satu rangka manusia tanpa pengenalan diri ditemukan berhampiran sebatang sungai di Ladang Tereh di Paloh oleh seorang lelaki yang sedang memancing, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penemuan rangka yang belum dapat dikenali pasti jantina dan usia itu dilaporkan kepada pihaknya kira-kira pukul 8.30 malam hari kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat berada 6.1 meter dari tebing sungai dalam keadaan mengereng yang hanya tinggal tulang sahaja. 

“Pemeriksaan telah dibuat oleh pasukan Forensik dan mendapati terdapat baju T berwarna biru dan baju sejuk berlengan panjang berdekatan rangka namun tiada sebarang dokumen peribadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. 

Justeru, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga dan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan penemuan mayat itu boleh tampil untuk membuat pengecaman. 

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga hasil bedah siasat diperoleh daripada pihak hospital, katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya