Ramai masuk bertanding bukan untuk pembaharuan UMNO - Ku Li

Ramai masuk bertanding bukan untuk pembaharuan UMNO – Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah (dua kanan) bersalaman dengan Ahli Jawatankuasa dan Ketua Cawangan UMNO Gua Musang di Bukit Cekati, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Ramai calon yang membuat keputusan untuk bertanding pelbagai jawatan dalam pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini dilihat bukan untuk pembaharuan kepada parti semata-mata.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sebaliknya berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa faktor kekurangan jawatan yang dipertandingkan menjadi antara punca keadaan tersebut berlaku. 

“Tetapi…nak kata ini semua ini disebabkan oleh kerana ada pembaharuan ada keinginan memperkuatkan parti baru, saya rasa tidak sepenuhnya lah. 

“Barangkali oleh kerana minat nak bertanding untuk jawatan yang tak dipertandingkan telah mendorong mereka untuk bertanding, maka mereka telah memilih untuk bertanding untuk jawatan-jawatan yang boleh dipertandingkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Amanat Ku Li di Bukit Cekati di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ku Li turut menyatakan keinginannya untuk berehat setelah hampir tujuh dekad berkhidmat di dalam parti. 

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang memberi bayangan akan mempertahankan jawatannya buat kali terakhir pada pemilihan kali ini.

“Saya mula diberi amanat memegang jawatan tersebut pada 64 tahun lalu dan menganggap tempoh berkenaan telah mencukupi. 

“Saya nak berehat dah. Saya rasa dah cukup,  dekat 70 tahun saya berkhidmat untuk parti. Daripada umur 22 kiralah sekarang dah 86 tahun,” ujarnya.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, keputusan untuk mempertahankan jawatan tersebut dilakukan atas desakan kepimpinan cawangan bagi mengelakkan perpecahan berlaku dan beliau turut berharap agar parti terus bersatu selepas ketiadaannya.-UTUSAN

 

050323-Klt-Pemilihan KuLi-Done Online-

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya