Rakyat Johor jangan terlibat ekstremis kaum, agama - Sultan Ibrahim - Utusan Malaysia

Rakyat Johor jangan terlibat ekstremis kaum, agama – Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Rakyat negeri ini dinasihatkan menolak segala fahaman dan perbuatan berbentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, konsep Bangsa Johor adalah bertujuan menyatukan semua rakyat Johor terdiri daripada pelbagai kaum seperti yang sekian lama diamalkan.

“Sejak dahulu lagi, saya sentiasa menitikberatkan dan mengingatkan semua bahawa persefahaman dan saling hormat-menghormati antara kaum menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

“Saya memberi amaran jangan ada cubaan daripada mana-mana pihak yang mahu memecah-belahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor ini,” titah baginda dalam satu kenyataan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda, hari ini.

Titah baginda, Bangsa Johor yang kekal harmoni dan bersatu padu bukan sahaja menjadikan masyarakatnya lebih baik, malah membawa kemakmuran kepada negeri ini.

“Jauhilah sifat hasad dengki, dendam dan buruk sangka kerana ia adalah satu penyakit berbahaya yang hanya mengundang keburukan kepada masyarakat dan negara,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran peruntukan besar kepada Johor dalam Belanjawan 2023. 

“Alhamdulillah atas peruntukan yang diberikan dan moga hubungan baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuhkan demi kemakmuran negeri serta rakyatnya,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya