PRN: Pemilihan calon Amanah di peringkat akhir

PRN: Pemilihan calon Amanah di peringkat akhir

SALAHUDDIN Ayub (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Peralatan Kembali Ke Sekolah dan Sumbangan Bakul Rahmah di Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Parti Amanah Negara (Amanah) akan memuktamadkan calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini pemilihan calon yang sesuai telah dibuat dan sudah memasuki fasa akhir.

“Senarai calon sudah ada, cuma ia belum diputuskan lagi. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Calon, saya akan memanggil mesyuarat bagi membincangkan perkara ini.

“Jika tiada halangan, kita akan bermesyuarat selepas konvensyen khas kami pada 5 Mac ini,”katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Peralatan Kembali Ke Sekolah & Sumbangan Bakul Rahmah di sini hari ini.

Salahuddin memberitahu, keputusan berkait dengan calon itu akan mengambil kira rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kerjasama dengan BN pada PRN itu nanti akan diputuskan oleh Majlis Presiden.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya