Premis simpan 120 tin arak tanpa lesen di Kota Bharu dikompaun

Premis simpan 120 tin arak tanpa lesen di Kota Bharu dikompaun

ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa minuman keras yang disorokan oleh seorang peniaga di sebuah premis Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga dikompaun sebanyak RM2,000 selepas didapati menyimpan lima karton minuman keras yang mengandungi 120 tin tanpa lesen di premisnya di Jalan Zainal Abidin di sini hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB- BRI), Rosnazli Amin berkata, lelaki yang berusia 50-an memaklumkan bahawa minuman keras itu untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk dijual kepada pelanggan.

Menurutnya, serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu di premis itu pada awalnya untuk mengesan individu ponteng berpuasa sebelum menjumpai minuman keras yang disimpan tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaan mendapati, premis terbabit juga melanggar syarat berniaga pada bulan Ramadan apabila beroperasi pada waktu pagi.

“Semua minuman keras itu dirampas dan kompaun sebanyak RM2,000 dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil 15(2) Tred Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 terhadap peniaga berkenaan,” katanya ketika selepas Operasi Bersepadu Ramadan MPKB-BRI Bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jaheaik turut menahan seorang remaja selepas didapati mengutip derma untuk  sebuah rumah anak yatim di Bachok tanpa kelulusan dari pihak berwajib dalam operasi itu.

Remaja terbabit dipercayai baru dua hari diminta keluar mengutip derma selain mendakwa tidak tahu bahawa perbuatan itu salah mengikut undang-undang.

Remaja itu dibawa ke pejabat Jaheaik manakala pemilik rumah anak yatim tersebut sudah dimaklumkan supaya hadir untuk sesi khidmat nasihat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya