PREC nafi usir peniaga di Plaza PKNS - Utusan Malaysia

PREC nafi usir peniaga di Plaza PKNS

PREC PKNS
SYAHRIL MOHD. RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemindahan peniaga yang berniaga pada kiosk jenis push-cart dalam pusat beli-belah Plaza Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dekat Seksyen 14 bertujuan bagi penambahbaikan tapak perniagaan semasa.

Pengurus Pusat PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC), Syahril Mohd. Rashid berkata, beliau menafikan ingin mengusir dan menamatkan kontrak sewaan tujuh peniaga.

“Kawasan kiosk tersebut sudah tidak nampak seperti push-cart. Justeru kita menambah baik prasarana supaya memberikan keselesaan dan ruang yang lebih luas kepada peniaga berkenaan yang kini sudah pun melebihi kawasan sepatutnya.

“Jadi, untuk memastikan kompleks ini relevan dan berdaya saing, kita melakukan penambahbaikan prasarana pada tahun ini di samping memastikan pematuhan terhadap syarat ditetapkan dipenuhi oleh semua peniaga,” katanya ketika ditemui hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, 10 peniaga kiosk push-cart berjaya mengenepikan sementara araha berpindah ke bahagian Tapak Orang Lokal (TOL) melalui injunksi interim yang diperolehi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.

10 peniaga di lot kiosk push-cart di Plaza PKNS enggan berpindah kerana kawasan tersebut, dianggap tidak strategik dan bakal menyebabkan mereka bakal menanggung kerugian seperti peniaga yang pernah beroperasi di sana, walaupun tidak jauh dari lokasi sedia ada

Dalam pada itu, Syahril menjelaskan, tiga peniaga sudah menerima tawaran berniaga di kawasan TOL, namun tujuh lagi meneruskan tindakan mahkamah terhadap PREC.

“Sebenarnya kawasan TOL lebih memudahkan peniaga meletakkan barang jualan mereka yang banyak dan lebih selesa untuk mereka berurusan dengan pelanggan. Kelebihan berniaga di tapak TOL, peniaga akan menjadi peniaga tetap di situ berbanding kiosk,” ujarnya.

Malah, beliau turut menafikan dakwaan peniaga akan rugi apabila berniaga di kawasan TOL, sebaliknya PREC berbelanja ratusan ribu untuk menyiapkan TOL bagi memberi ruang kepada peniaga berniaga dengan selesa selain diberi kadar sewa yang sama dan kontrak baharu

“Sebenarnya peniaga tersebut bukan rugi berniaga tetapi mereka mempunyai kontrak dengan kita. Apabila musim atau ‘season’ berniaga berakhir mereka tidak menyambung kontrak mereka dengan kami.

“Sedangkan ada sebahagian peniaga yang menyambung penyewaan dengan kami. Hinggalah pihak PREC terpaksa memberhentikan operasi di tapak tersebut bagi membuat penyelenggaraan semasa dan selepas pandemik Covid-19,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya