PPNP agih barangan dapur, ringan beban lebih 500 keluarga peserta Program Ladang Untuk B40 - Utusan Malaysia

PPNP agih barangan dapur, ringan beban lebih 500 keluarga peserta Program Ladang Untuk B40

ZUHAIRI AB KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) menyalurkan barangan dapur kepada lebih 500 keluarga peserta program ladang rakyat untuk B40 bagi memberi keceriaan sekali gus meringankan beban mereka untuk menyambut Ramadan kali ini.

Pengerusi PPNP, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, sejumlah RM75,000 diperuntukkan bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertubuhan tersebut.

Beliau berkata, sumbangan itu membabitkan peserta ladang rakyat untuk B40 dari daerah ini, Pekan dan Maran sempena Ramadan.

“Pengagihan sumbangan ini sudah menjadi rutin tahunan setiap kali bulan Ramadan dan tahun ini ia diteruskan seperti biasa.

“Cumanya tahun ini PPNP memberikan kepada keluarga memerlukan di bawah program ladang rakyat untuk B40,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zuhairi berkata, pengagihan sumbangan itu sebagai tanda bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berkongsi rezeki dengan penduduk yang kurang berkemampuan dan layak menerima bantuan.

“Kita berharap sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya