Pondok kebun getah jadi 'port' melacur serendah RM50 - Utusan Malaysia

Pondok kebun getah jadi ‘port’ melacur serendah RM50

SEBUAH pondok di kawasan kebun getah di Jalan Ah Tong, Segamat yang digunakan oleh seorang wanita warga Indonesia untuk melacur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang pelacur serta empat lelaki warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di sebuah pondok di Jalan Ah Tong, di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, harga ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pelacur berusia 31 terbabit serendah RM50 selain dia hanya menyasarkan warga asing sebagai pelanggan secara ‘walk in’.

“Pondok di sekitar kebun getah itu kelihatan sekadar kediaman terbiar dari luar, namun di dalam premis usang itu tersedia khidmat seks dan sebuah ruang yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pelacuran.

“Ketika serbuan dilakukan, pelacur itu tidak menghidu kehadiran pihak berkuasa kerana sedang melayani pelanggannya. Pelanggan terdiri daripada lelaki Indonesia berusia antara 20 hingga 47 tahun turut ditahan dalam serbuan itu bagi semakan dokumen.

“Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas dua telefon bimbit berjenama OPPO, dua kondom telah digunakan selain wang tunai berjumlah RM650,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Kuarters Kediaman Anggota Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di Jalan Segamat-Jementah, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya, Deputi Superintenden Ng Swie Chait.

Menurut Ahmad Zamry, operasi bermula 12.10 tengah malam 14 Mac lalu itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Segamat selepas melakukan risikan selama beberapa hari di sekitar Jementah.

Semua yang ditahan kini direman selama 14 hari hingga 27 Mac ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Segamat menerusi talian 07-9312222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya