Pesara rugi RM46,000 tertukar kad ATM - Utusan Malaysia

Pesara rugi RM46,000 tertukar kad ATM

Diraba
AHMAD RIDHWAN MOHD. NOR @ SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pesara kerajaan ‘berputih mata’ apabila kehilangan RM46,000 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya digunakan orang lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian tersebut berpunca daripada insiden dialami mangsa berusia 62 tahun apabila kadnya itu tersekat dekat ATM sebuah bank di Banting, pada Sabtu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, seorang lelaki tampil untuk memberi bantuan, bagaimanapun mangsa diperdaya dengan diberikan kad bukan miliknya.

“Mangsa menyedari kad tersebut bukan miliknya selepas gagal membuat pengeluaran wang pada pukul 9.30 pagi, Isnin lalu dekat sebuah ATM dan merujuk kepada kakitangan bank.

“Malah, semakan mangsa terhadap transaksi kad miliknya mendapati berlakunya 23 transaksi yang melibatkan transaksi pembelian dan lain-lain lagi berjumlah RM46,000 termasuk sebuah telefon pintar iPhone bernilai RM3,700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan menambah, pembelian telefon berkenaan dapat dikesan melalui transaksi dilakukan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan sepasang suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an menggunakan kad ATM tersebut.

“Polis mengesyaki lelaki dalam rakaman tersebut merupakan individu yang membantu mangsa dan kini sedang memburu pasangan tersebut.

“Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu sabit kesalahan boleh dikenakan denda lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya