Peruntukan RM5.7 juta baik pulih, bina rumah veteran ATM

Peruntukan RM5.7 juta baik pulih, bina rumah veteran ATM

ADLY Zahari (kiri) ketika melawat Che Ahmad Mamat yang terlantar sakit semasa Lawatan Jelajah Program Peduli Veteran (PPV) di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan memperuntukan dana sebanyak RM5.7 juta bagi membina dan baik pulih rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara pada tahun ini.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, peruntukan yang telah diluluskan itu melibatkan proses baik pulih sebanyak 125 unit rumah dan pembinaan 27 unit rumah baharu.

“Sehingga kini, sebanyak 44 buah rumah telah siap dibaikpulih manakala bagi kategori bina baharu masih belum dimulakan.

“Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) sentiasa melihat keperluan dan kebajikan veteran secara menyeluruh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah Program Peduli Veteren ATM di Kampung Pulau Panjang di sini hari ini.

Dalam program itu, Adly turut mengumumkan bantuan untuk membaiki pulih rumah seorang veteran ATM, Che Ahmad Mamat,66, sebanyak RM17,000.

Dalam perkembangan lain, Adly memberitahu, kerajaan sentiasa menilai segala isu berkaitan veteran ATM dari masa ke semasa.

Katanya, sebanyak RM140 juta telah dibelanjakan untuk bantuan kesihatan termasuk perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan kepada golongan tersebut.

“Kita akan menilai dari masa ke semasa (perkhidmatan kesihatan) kerana mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital awam atau hospital angkatan tentera.

“Jadi, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk perkhidmatan kesihatan. Paling penting adalah kita sentiasa menjaga kebajikan veteran,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya