Penolong akauntan didakwa terima suapan direman seminggu - Utusan Malaysia

Penolong akauntan didakwa terima suapan direman seminggu

PENOLONG akauntan (tengah) di pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan nilai sehingga RM41,768 di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penolong akauntan bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan nilai sehingga RM41,768.

Perintah reman sehingga 21 Mac itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Suspek yang merupakan seorang wanita berusia 42 tahun dan bertugas di pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang petang semalam.

Suspek dikatakan meminta dan menerima suapan antara RM50 hingga RM2,500 daripada seorang pemilik syarikat bagi mempercepatkan pembayaran tuntutan kerja penyelenggaraan kenderaan jabatan di bengkel milik syarikat itu, dan dipercayai melakukan kesalahan antara bulan April 2021 hingga Februari lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim, mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya