JERANTUT: Ibu bapa B40 mengeluh apabila terpaksa berhabis sekitar RM250 hingga RM500 seorang untuk menyediakan keperluan sekolah yang bakal dibuka pada Ahad dan Isnin ini. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 diagihkan kerajaan tidak mencukupi untuk membiayai kelengkapan sekolah dan bayaran-bayaran lain termasuk yuran. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penduduk Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jamizan Rashid, 44, berkata, kos meningkat setiap kali sesi sekolah dibuka dan ini membebankan kerana kos barang lain turut melonjak. “Pengalaman saya, untuk seorang anak sekolah rendah perbelanjaan minimum RM250 bagi kelengkapan sekolah tidak termasuk yuran dan belanja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya