Peniaga dicekup berlumba haram di bandar Kota Bharu

Peniaga dicekup berlumba haram di bandar Kota Bharu

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga dicekup manakala rakan-rakannya yang lain terlepas apabila disyaki terlibat dengan kegiatan lumba haram membabitkan kumpulan kereta di Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang di sini awal pagi tadi.

Lelaki yang berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik kira-kira pukul 3.40 pagi selepas kereta jenis Honda Civic yang dipandunya berhenti di depan sebuah hospital swasta di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, suspek pada awalnya dilihat memandu secara berbahaya dan dipercayai berlumba dengan kereta lain dari arah Taman Maju ke Kompleks Balai Islam, Lundang di sini.

Menurutnya, anggota polis mendapati kumpulan itu memandu secara bahaya dan dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Anggota bertugas berjaya mengesan kumpulan kereta terbabit sebelum mengekori salah sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu suspek.

“Lelaki itu kemudiannya memberhentikan keretanya di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Lundang di sini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini dan direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, kereta dipandu suspek telah disita dan polis turut mengeluarkan 18 saman terhadap lelaki itu atas pelbagai kesalahan trafik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya