Peniaga bazar Ramadan di Gua Musang patuh arahan-KPDN

Peniaga bazar Ramadan di Gua Musang patuh arahan-KPDN

ANGGOTA penguat kuasa  KPDN Gua Musang memeriksa premis bazar Ramadan di Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN KPDN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati semua peniaga bazar Ramadan di jajahan ini mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan tidak mengambil untung berlebihan ke atas pengguna, semalam. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Gua Musang, Mohd. Koma Shafii berkata, menerusi Ops Pantau bersama anggota penguat kuasa Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) mendapati semua peniaga mematuhi arahan dengan pamer harga jualan yang jelas yang diperuntukkan perundangan agensi berkenaan.

“KPDN Cawangan Gua Musang memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang tidak mematuhi kewajipan penandaan harga dan mengambil untung berlebihan (mencatut) dalam mengusahakan jualan sempena bulan Ramadan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Koma memberitahu, bermula awal bulan Januari sehingga 25 Mac lalu, KPDN Cawangan Gua Musang telah mengeluarkan sebanyak 26 notis dibawah Seksyen 21 dan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011. 

Katanya, daripada jumlah tersebut satu notis telah dikesan berlakunya ‘pencatutan’ dan akan dibuka kertas siasatan untuk disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

Sementara itu seorang pengguna Rohani Abdullah, 40, berkata, pemantauan berterusan oleh pihak KPDN mampu mengelakkan peniaga mengambil kesempatan dengan menaikan harga sesuka sepanjang Ramadan.

Katanya, dia mengakui kuasa beli sepanjang Ramadan amat tinggi kerana kebanyakan penduduk lebih gemar mendapatkan makan sudah siap di bazar Ramadan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya