Pengurus GiatMara ditahan disyaki salah guna kuasa pemberian kontrak - Utusan Malaysia

Pengurus GiatMara ditahan disyaki salah guna kuasa pemberian kontrak

SEORANG pengurus Pusat GiatMara daerah di negeri ini direman bagi membantu siasatan oleh SPRM di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang pengurus sebuah Pusat GiatMara Daerah di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak kerja pada 2021 dan 2022.

Suspek berusia 39 tahun ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuantan semalam.

Pengurus Pusat GiatMara itu dikatakan menyalahgunakan jawatannya dengan mencadangkan syarikat milik adik-beradik isterinya untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih dan bina baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) negeri Pahang.

Difahamkan nilai keseluruhan bagi kerja-kerja dalam projek di bawah Kementerian Pembangunanan Luar Bandar itu adalah RM38,521.40.

Suspek direman selama tujuh hari dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya