Pengguna sanggup bayar 20 sen beli beg plastik - Utusan Malaysia

Pengguna sanggup bayar 20 sen beli beg plastik

Plastik
MOHD. Zawawi Ahmad Mughni (tiga, kiri) bergambar dengan wakil NGO pada Program Murnikan 3R di Bulan Ramadan di tapak Bazar Ramadan Banting, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Harga murah dan pengguna sanggup membayar 20 sen menyebabkan kempen galakkan orang ramai membawa beg sendiri untuk berbelanja berbanding menggunakan plastik, gagal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, sudah hampir lima tahun kempen menggalakkan orang ramai membawa beg sendiri dijalankan.

“Kempen tersebut gagal kerana orang Selangor mampu membayar 20 sen untuk satu beg plastik. Mungkin orang negeri ini mempunyai pendapatan yang cukup untuk membeli beg tersebut.

“Jika kita kenakan harga seringgit ia akan menjadi isu lain pula,” katanya pada Program Murnikan 3R Di Bulan Ramadan di tapak Bazar Ramadan Banting hari ini.

Mohd. Zawawi berkata, kegagalan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik bukanlah isu kemampuan kewangan tetapi sikap orang ramai yang tidak mahu berubah.

“Jutaan ringgit kerajaan habiskan untuk membina perangkap sampah bagi memerangkap bahan plastik di Sungai Klang namun orang ramai masih mahu menggunakan beg tersebut.

“Apa akan jadi jika sisa itu terlepas ke laut sudah pasti hidupan marin terancam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya