TAMPIN: Binatang buas yang disangka harimau belang yang muncul di kawasan Kampung Sri Repah di sini sejak seminggu lalu yang turut menyerang ternakan penduduk rupa-rupanya adalah harimau kumbang. Penternak kambing, Idris Isa, 57, berkata, dia kini lega apabila harimau kumbang yang membaham dua ekor kambing biri-biri miliknya kelmarin sudah pun ditangkap selepas masuk ke dalam jerat yang dipasang pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan. Menurutnya, pihak Perhilitan telah memasang jerat tersebut semalam dan dia telah meletakkan umpan iaitu seekor anak kambing miliknya di dalam jerat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya