Pemuda UMNO Kota Bharu desak guna Akta Perhimpunan Awam 2012 halang penganjuran ‘Thai Hot Guy’

Pemuda UMNO Kota Bharu desak guna Akta Perhimpunan Awam 2012 halang penganjuran ‘Thai Hot Guy’

MUHAMMAD Farridul Farris (dua kanan) bersama beberapa ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu membuat laporan berhubung ‘Thai Hot Guy’ di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Bharu mendesak pihak berkuasa negara ini menggunakan Akta Perhimpunan Awam 2012 untuk mengalang penganjuran acara pembukaan bar menampilkan kumpulan ‘Thai Hot Guy’ yang bercanggah dengan budaya hidup rakyat Malaysia.

Naib Ketuanya, Muhammad Farridul Farris Mat Hussin berkata, penganjuran program itu turut menyentuh sensitiviti umat Islam yang menunjukkan wujudnya hiburan berunsur lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Menurutnya, ia dapat menerusi infografik poster memaparkan sekumpulan lelaki memakai pakaian wanita seksi atau mencolok mata menguatkan andaian bahawa program itu melibatkan aktiviti melampaui batas-batas hiburan yang dibenarkan di negara ini.

“Tambahan pula tarikh penganjurannya dijadualkan pada 30 Mac yang mana kita tahu umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia sedang menjalani ibadat puasa.

“Kami beranggapan perkara ini cukup biadap dan kurang ajar kerana menyentuh sensitiviti agama dan pada masa sama mewujudkan sentimen tidak baik kepada rakyat yang hidup dalam kalangan masyarakat majmuk,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kota Bharu di sini hari ini.

Muhammad Farridul Farris memberitahu, penganjuran program itu dilihat boleh menggugat ketenteraman awam dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Pemuda UMNO Kota Bharu mahu polis menyiasat perkara ini.

Isnin lalu, tular hantaran mengenai penganjuran program Thai Hot Guy itu di laman sosial yang merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki ‘sado’ berpakaian wanita di sebuah bar sekitar Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.

Susulan penularan itu, beberapa pihak tampil mengecam penganjuran acara berkenaan yang disifatkan bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya