Pelantikan Ahmad Jazlan, Asyraf Wajdi dapat restu PM

Pelantikan Ahmad Jazlan, Asyraf Wajdi dapat restu PM

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) semasa menghadiri Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelantikan Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) mendapat restu daripada Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan kedua-dua tokoh tersebut dibuat mengikut prosedur sedia ada iaitu dengan mendapat kelulusan dan penelitian daripada Perdana Menteri

“Setakat ini baru dua (Mara dan Felcra) dan proses itu akan dilakukan secara berfasa. Lain-lain pelantikan akan dibuat mengikut kelulusan rasmi yang diberikan (oleh Perdana Menteri). Tiada sebarang perkara atau faktor-faktor yang nyata atau tersembunyi. 

“Ianya adalah hak mutlak Perdana Menteri dan saya serta Menteri-menteri lain memberi perakuan terhadap terhadap perkara tersebut. Bukan hanya tokoh politik, kita ada senarai nama tokoh korporat dan latar belakang untuk mengetuai badan-badan berkanun dan syarikat berkait kerajaan (GLC),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Peringkat Negeri Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, pemilihan Ahmad Jazlan dibuat berpandukan kepada prestasi yang ditunjukkan oleh tokoh berkenaan semasa menerajui Felcra sebelum ini.

Katanya, beliau yakin bekas Ahli Parlimen Machang itu mampu mengemudi Felcra ke arah yang lebih baik sebagaimana telah dibuktikan sebelum ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengumumkan pelantikan Ahmad Jazlan semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO  Peringkat Negeri Kelantan.

Pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang  itu disambut  tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penangguhan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya