Nor Hariri tawar diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas

Nor Hariri tawar diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas

NOOR HARIRI MOHAMED NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO negeri, Noor Hariri Mohamed Nor atau Abe menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas bagi penggal 2023-2026.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abe berkata, keputusan itu dibuat bagi mengembalikan semula kegemilangan UMNO Pasir Mas melalui berapa visi yang telah digariskan.

“Visi jangka panjang saya ialah untuk memperkasa semula seluruh jentera UMNO Pasir Mas, cawangan dan akar umbi parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Menariknya, walaupun pemimpin silih ganti dan ada yang keluar daripada parti selepas keputusan PRU14 lalu namun ahli tetap ‘setia’ bersama UMNO,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Abe memberitahu, pada masa yang sama beliau akan berusaha menarik seramai mungkin anak-anak muda untuk bersama-sama UMNO pada PRU16 nanti.

Katanya, pada pemilihan kali ini beliau selesa memilih untuk bergerak solo dan tidak mempunyai ‘rakit’ atau mana-mana kumpulan.

“Jika diberi mandat saya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan UMNO Bahagian Pasir Mas kembali bersinar.

“Bagaimanapun, dalam masa terdekat, fokus saya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada Julai nanti,” jelasnya.

Abe berkata, PRN menjadi ‘ujian’ pertama buat dirinya jika diberi mandat menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas nanti.

Pada pemilihan kali ini, Abe bakal berdepan Datuk Yahya Mamat dan penyadang jawatan itu, Datuk Abdul Ghani Haron serta Mohd. Mustaman Che Yusof.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya