Menteri Pertahanan berbuka puasa bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Sendayan - Utusan Malaysia

Menteri Pertahanan berbuka puasa bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Sendayan

MOHAMAD Hasan menyampaikan sumbangan dan beramah mesra bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Sendayan, Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 500 orang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pusat Islam, Pangkalan Udara Sendayan, Bandar Sri Sendayan hari ini. 

Kehadiran beliau bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Pangkalan Udara Sendayan merupakan lokasi pertama beliau bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam majlis berbuka puasa tahun ini.

Pada majlis tersebut, Mohamad turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada 50 orang daripada lima kategori penerima termasuk asnaf, anak-anak istimewa (orang kurang upaya), pesakit kronik yang terdiri daripada warga TUDM dan waris, balu dan saudara baharu. 

Sumbangan yang disampaikan tersebut merupakan inisiatif melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam membantu meringankan beban mereka yang memerlukan khususnya warga ATM dalam suasana menyambut Ramadan.

Mohamad kemudian turut bersama-sama menunaikan solat Maghrib seterusnya menikmati jamuan makan sebelum menunaikan solat Isyak serta solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Staf 1 Agama, Markas Tentera Udara, Leftenan Kolonel Salahuddin Safeie. –UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya