Masjid di Kelantan bersih politik

Masjid di Kelantan bersih politik

MOHAMAD Shukri Mohamad (tengah) menunjukkan Buku Masjid Muhammadi 150 tahun di Perpustakaan Maik di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu Kelantan, hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua 603 buah masjid di negeri ini ‘bersih’ daripada sebarang kempen atau ceramah berkait dengan isu-isu politik yang dibimbangi boleh memecahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memaklumkan bahawa pihaknya sudah lama tidak mengizinkan mana-mana pihak menggunakan masjid sebagai tempat untuk menyebarkan propaganda politik.

Menurutnya, Maik juga sentiasa mengawal dan menjaga semua masjid bagi mengelak timbulnya sebarang gerakan-gerakan tertentu.

“Tidak dinafikan ada cubaan untuk memasukkan elemen politik di institusi agama ini, namun masjid di Kelantan tetap bebas daripada elemen tersebut kerana unsur-unsur itu sememangnya tidak dibenarkan.

“Sekiranya masjid dikesan melakukan kesalahan (ceramah politik), peruntukan undang-undang yang sudah ditetapkan akan digunakan dan semua keputusan akan diputuskan oleh mahkamah,” katanya selepas Pelancaran Buku 150 Masjid Muhammadi di Perpustakaan Maik di Jalan Tok Hakim di sini hari ini.

Mohamad Shukri memberitahu, masjid merupakan tempat aman yang diutamakan untuk kegunaan ibadah dan bukan tempat untuk kepentingan parti politik.

Katanya, meskipun politik tidak dapat diasingkan daripada Islam, tetapi parti politik mesti diasingkan daripada masjid.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya