KANGAR: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menziarahi seorang penduduk yang mengalami masalah komplikasi jantung di Kampung Baru Tualak, Padang Terap hari ini.
Aktiviti ziarah tersebut dilaksanakan bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Dr. Kamarul Azman Khamis dan pegawai majlis daerah kawasan Padang Terap.
Kamarul Azman juga menyampaikan sumbangan kepada pesakit tersebut.
Selain itu, mahasiswa terbabit juga mengambil kesempatan meraikan serta beramah mesra bersama penduduk di kawasan berkenaan.
Kamarul Azman berkata, aktiviti ziarah tersebut menunjukkan kecaknaan mahasiswa dalam bersama-sama masyarakat luar bandar.
“Aktiviti tersebut sentiasa dilaksanakan bagi mendekatkan hubungan antara mahasiswa dengan penduduk setempat,” katanya.-UTUSAN