Lima PATI cuba masuk perairan negara ditahan - Utusan Malaysia

Lima PATI cuba masuk perairan negara ditahan

LIMA PATI warganegara Indonesia ditahan selepas disyaki memasuki perairan negara Tanjung Bulat, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia berjaya ditahan selepas disyaki memasuki perairan negara di perairan Tanjung Bulat awal pagi tadi.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata, hasil maklumat awam yang diterima, aset Maritim Malaysia berjaya memintas sebelum menahan bot berkenaan kira-kira pukul 5 pagi di kedudukan 0.3 batu nautika timur Tanjung Bulat. 

 “Pemeriksaan ke atas bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran tersebut menggunakan enjin jenis Yamaha 40 kuasa kuda dan terdapat seramai lima lelaki warga Indonesia berumur antara 23 hingga 53 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot dan kesemua PATI seterusnya ditahan untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, iaitu cuba keluar atau masuk Malaysia melalui pintu yang tidak diwartakan dan menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

“Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia menasihati warga Indonesia yang ingin datang ke Malaysia atau pulang ke kampung halaman, terutamanya pada musim perayaan supaya menggunakan laluan yang sah mengikut undang-undang tanpa perlu menggadai nyawa.

Maritim Malaysia sentiasa serius dalam menangani jenayah dan keselamatan perairan negara dengan rondaan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran yang menggunakan laluan laut sebagai jalan masuk serta keluar terutamanya menjelang musim perayaan yang bakal tiba. 

Orang ramai, khasnya komuniti maritim yang mempunyai sebarang maklumat mengenai jenayah atau kemalangan di laut boleh membuat laporan segera menerusi talian 07 – 8916591 Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya