Lembaga Pengarah UiTM akan bertemu UiTM Holdings minggu ini

Lembaga Pengarah UiTM akan bertemu UiTM Holdings minggu ini

RADUAN Che Rose (kanan) beramah mesra dengan pengusaha  cendawan semasa Majlis Kemuncak Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Kelantan, Machang Kelantan, hari ini.UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG : Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan pertemuan UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UiTM Holdings) minggu ini untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai beberapa dakwaan penyelewengan yang hadapi syarikat berkenaan sehingga mengalami kerugian mencecah RM157.04 juta.

Pengerusinya Prof Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, sebaik sahaja dengan perbincangan itu selesai pihaknya akan bertemu dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk tindakan lanjut.

“Kes ini (UiTM Holdings) masih dalam siasatan pihak berkuasa.

“Jadi kami menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Kemuncak Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan UiTM Holdings mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM157.04 juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Berdasarkan laporan kewangan pada 2017 dan 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewa­ngannya bagi tahun 2020, jus­teru kerugian terkumpul dica­tatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta.

Berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diperoleh Utusan Malaysia, anak syarikat UiTM yang ditubuhkan pada 2007 itu pernah mencatat keuntungan keseluruhan sebanyak RM26 juta pada 2011, 2014, 2015 dan 2016.

Dalam perkembangan lain, Raduan meminta orang ramai supaya tidak memandang serong kepada UiTM susulan isu yang dihadapi sayap perniagaannya, UiTM Holdings ketika ini.

“Orang ramai perlu ada kefahaman bahawasanya UiTM dan UiTM Holdings adalah dua entiti yang berbeza.

“UiTM tidak terlibat dalam apa yang berlaku terhadap UiTM Holdings kerana ia adalah sebuah entiti perniagaan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya